Pages

Friday, October 2, 2015

Tazkirah Ringkas

0 comments
Allah masih memberikan kita nikmatNya yang tidak terkira  walaupun kita sering mengabaikan tanggungjawab kita terhadapNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walaupun kita tidak menunaikan hak-hak Allah swt.....Allah tetap menurunkan nikmatNya  tanpa ragu-ragu, Jadi, masihkah kita ingin terus hidup dalm keadaan sebegini?...Allah itu Maha Adil dan Saksama...Barangsiapa tidak menunaikan hak-hak Allah selama mana dia masih hidup dibumi Allah ini, nescaya dia  adalah orang yang paling rugi....

Monday, September 28, 2015

Kejohanan Larian Medley Berganti

0 comments
Alhamdulillah, hari ini Selasa 29/9/2015 telah berlangsungnya Kejohanan Larian Medley Berganti gabungan guru pelatih  PPISMP Jun 2015 anjuran guru pelatih PISMP Tesl Semester 5.
Segala perancangan telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada para siswi pendidik PPISMP JUN 2015 atas kerja sama yang telah diberikan...😃

Monday, September 14, 2015

Tazkirah Ringkas

0 comments
Walau siapa pun kita, apa jua jawatan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, kebergantungan kepada Allah itu perlu. Kita tidak dapat mengetahui rezeki apa yang akan datang esok, ujian apa yang akan menimpa kita dihari yang mendatang, adakah kebahagiaan yang kita miliki sekarang akan terus bahagia hingga keakhirnya atau tidak..Allah sangat meindukan rintihan hambaNya..Allah sangat rindu kita..Allah cemburukan hambaNya yang asyik mengingati hamba yang lain sahaja sehingga terlupa akan Nya Yang Maha Esa..Allahu,,..

Tuesday, September 1, 2015

Kemahiran Belajar

0 comments

  • KEMAHIRAN BELAJAR
  • Belajar bukanlah sesuatu yang senang. kemahiran yang betul diperlukan untuk belajar secara berkesan
  •  KONSEP KEMAHIRAN  BELAJAR
  • Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
  • Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.
  • 2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
  • Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar.  Antaranya ialah:
  • 2.1      Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
  • 2.2      Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
  • 2.3      Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
  • 2.4      Memupuk didplin kendiri pelajara.
  • 2.5      Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
  • 2.6      Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
  • 2.7      Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
  • 2.8      Meningkatkan daya ingatan pelajar.
  • 2.9      Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
  • 2.10   Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.
  • 2.11   Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
  • 2.12   Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan  sebaiknya.

Monday, August 31, 2015

0 comments
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa khabar semua, insyaaAllah bersama-sama kita akan mendalami ilmu..
Jangan lalai dalam menyempurnakan hak-hak Allah swt.
☺😉