Pages

Tuesday, September 1, 2015

Kemahiran Belajar

  • KEMAHIRAN BELAJAR
  • Belajar bukanlah sesuatu yang senang. kemahiran yang betul diperlukan untuk belajar secara berkesan
  •  KONSEP KEMAHIRAN  BELAJAR
  • Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
  • Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.
  • 2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
  • Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar.  Antaranya ialah:
  • 2.1      Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
  • 2.2      Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
  • 2.3      Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
  • 2.4      Memupuk didplin kendiri pelajara.
  • 2.5      Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
  • 2.6      Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
  • 2.7      Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
  • 2.8      Meningkatkan daya ingatan pelajar.
  • 2.9      Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
  • 2.10   Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.
  • 2.11   Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
  • 2.12   Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan  sebaiknya.

0 comments:

Post a Comment